Satu hari dalam kenangan terindah
Tiga orang yang missing dalam gambar ini ialah, Arnie, Ainie (kakak saya) dan somi Rozaimi. Arnie jatuh sakit kerana keletihan dalam perjalanan dan tidak dapat bergambar bersama. Ainie dan Rozaimi pula tidak bersama-sama kami untuk balik ke putrajaya pada hari itu. Actually kami2 yang dalam gambar ni pun semuanya keletihan. depan kamera seja tunjuk muka segar berseri-seri. padahal malamnya sebelum gambar ini di ambil, kami balik selepas selesai acara berkaraoke (sempat lagi) lebih kurang jam 2-3 pagi.
Teringat cerita berkaraoke pada malam itu di perlis, sangat seronok walaupun masing2 keletihan. Turut join sama acara karaoke itu saya, kakak, abah, mama nining, amin (thanks for sporting) dan juga macik saudara kami di perlis (tukang sponsor). fuyoo, Amin diam-diam suara mawi tuu.. hehehe.
Begitu masa berlalu, kami tidak pernah lagi dapat berjumpa ramai-ramai seperti dalam gambar ini (so touching~~) malahan saya sendiri sehingga kini belum dapat bertemu semula dengan keluarga2 dari perak (appreciate you all alot) sejak hari itu. apa yang boleh saya kongsikan, korang memang sporting la, melayan karenah kami yang datang dari sabah tanpa kurang walau sedikit. bila lagi rasanya nak teray masakan orang perak macam hari tu?? haha.
post ini sebagai kenangan dan simpanan saya dan keluarga saya, supaya kenangan manis seperti ini tidak akan dilupakan dek masa. kepada pembaca di luar sana, hargai keluarga anda. hargai masa2 bersama mereka. percayalah tidak selalu kita akan dapat mengecap dekit-detik gembira bersama dengan mereka. Pasti ada seja yang Kureng. masa bujang takkan sama dengan kita yang sudah berkahwin. masa senang takkan sama dengan masa kita susah. masa sihat takkan sama dengan masa kita sakit. selagi sempat keep in touch dengan mereka yang anda sayang. call or at least sms mereka bertanya khabar. dan paling penting jangan lupa balik kampung beraya tahun ini!~
Selamat berhari raya semua ^^ ikhlas dari epuy n izuee
reserve
ReplyDeletereserve :)
ReplyDeleteeh.. hanya author seja boleh buat reserve. ni pengaruh rakan sebaya ni
ReplyDelete