Salam Ramadhan 2013 yang terindah

hampir sebulan kita berpuasa, raya x lama nak tiba. bagi saya, tahun 2013 ni merupakan ramadhan yang paling istimewa, dengan kehadiran sang Isteri tercinta di sisi. Pasti Syawal nanti lagi dan lagi meriah. Belum terlewat rasanya mengucapkan salam Ramadhan yang pertama kali untuk Isteri saya +Ezuee Zs, keluarga saya dan keluarga mertua saya. Seterusnya kawan-kawan yang rapat maupun yang semakin jauh disebabkan faktor jarak dan masa. Dan tidak lupa juga buat pelawat Blog ini.
Selamat menyambut Ramadhan dan marilah kita sama-sama beribadah di bulan yang mulia ini.

Post pertama saya di blog kecil ini hanya mukadimah semata-mata, semoga di hari-hari mendatang akan banyak lagi coretan-coretan saya dan juga isteri saya yang dapat kami kongsikan disini. Komen-komen kawan-kawan amat saya alu-alukan dalam memajukan diri saya dan blog ini khususnya.

bah, di kesempatan ini juga, saya menjemput kengkawan yang mengenali diri ini.. sila la berkunjung di rumah saya nanti 2 Syawal 2013 ini di Taun gusi. beraya dan bermohon maaf la sesama kita mana yang terlepas kata, terlepas taip terlepas tegur, terlepas pandang tu.

#nak bermaaf-maafan tidak semestinya kena tunggu hari raya. Ajal maut siapa yang tahu. bermaafaan lah selagi sempat.

4 comments:

  1. Selamat berpuasa suami, family, family in law, dearest friends dan semua muslimin dan muslimat :)

    ReplyDelete
  2. Comel ja baca.. ^^ jauh pun rasa dekat ja macam ni.. hehe

    ReplyDelete