We Got Married

Assalamualaikum & Heloooo ^^

After several months, baru sekarang aku ada masa untuk share sedikit sebanyak gambar-gambar perkahwinan aku dan dia pada 22 Jun 2013 yang lepas. Porpavor!

Semua orang pasti mengharapkan majlis perkahwinan dan baju sanding/nikah dan sebagainya yang terbaik sebab 1st thing, sekali dalam seumur hidup. Bagi yang teringin dua atau tiga kali, well, no komen ;) I am not into it, keh keh keh.

Okey, set pelamin dan baju comes in package. Dari sebuah kedai yang diberi nama GKS atau fullname Galeri Kasih Sayang Pengantin bertempat di Segama Kota Kinabalu. Their service is quite good, so far, so good. Thanks to all of them for making my wedding ceremony went well with such a beautiful dress and pelamin. Makeup by Laitim. Orang Kota Belud as well.

Kami mendapat pakej yang mempunyai dua persalinan baju, dan untuk reception plus nikah, ianya dibuat pada hari yang sama actually, we choose emerald green + cream color. It was very nice combination even though pada awalnya aku mengidam warna Tiffany Blue untuk baju kawen. Well, spontaneous kadang-kadang sangat membuahkan hasil.

For the second baju, aku benar-benar hilang idea mau pilih warna apa. Si dia pula tidak banyak songeh dan just follow the flow. Thanks to him. Akhirnya, we picked the dress yang berwarna ala-ala dusty pink dengan background putih. Sebab, konon-konon mahukan warna yang sama macam kakak si dia yang bersetuju untuk memilih baju warna putih untuk acara potong memotong kek. Ohya, his sister's wedding was in the next day, 23 Jun 2013 sehari selepas majlis kami. Sekali harung. ^^

Dan, untuk malam berinai, memilih untuk pakai baju tradisi Bajau. Once in a lifetime orang kata. Best, dengan ala-ala crown yang dipanggil 'serimpak' is not really bad at all. I've been dreaming mau pakai baju tu such a long time ago, since childhood. Cuma, sampai terangkat kepala menahan sakit time rambut yang disimpul rapi.

In conclusion, aku dan incik suami sangat berpuas hati dengan baju kawen itu dan terima kasih daun keladi yang tidak terhingga/infiniti kepada ahli keluarga dan saudara mara yang bersusah payah dalam menjayakan majlis keramat itu. Semoga dibalas dengan seribu juta kebaikan hendaknya. Jutaan terima kasih  kepada yang sudi hadir dan memeriahkan majlis kami, dan terima kasih yang tidak terhingga juga buat teman-teman yang sudi datang dan hadiahnya sekali. May Allah bless this marriage till Jannah. Aamiin. Semoga dialah satu-satunya suami buat aku dan aku adalah satu-satunya isteri  buat dia. ^^

Enjoy the pictures. Sikit-sikit cukup lah ya.


Baju tradisi Bajau.


Meet my husband.


Alhamdulillah.


Meet the pengapits.


Us.


Aaah. My mom is not in the barisan. Dia di atas rumah ni tengah santai-santai. Oh my love.


Tidak berapa pasti apa yg benda lucu time ni. ^^
My lovely parent, your daughter will leave home, but will never leave your heart. Love you both till the end of my breath.


MIL & FIL, thank you for having me. Will love you both as much as my parents and do love me ya.


My treasure. Some is missing, let the time fix it. I cherish the great treasure that have been given sebab, once u lose it, u never know sama ada will get it back or not.


Sister in law and her hubby.

p/s ~ spread love. do not hate. forgive and forget.

-end-



2 comments:

Jodoh

Assalamualaikum & Hello.

Woaw! September has arrived safely ;p

How time flies. Bulan yang agak meriah dalam family belah aku sebab, ramai yang sambut birthday bulan ni, and....they already planned for this birthday celebration. Surprised! Pada hari akikah my second grandchild. Im a grandma already. And incik suami turut menjadi grandpa. Hard to believe. Tapi itulah kenyataannya. ^^


Terima kasih to the max kepada incik suami, anak² buah, lovely sisters and brothers, Yei & Mah and all of them la. May Allah bless all of us. Aamiin.

Okey, kembali kepada tajuk sebenar, JODOH. Once, aku sangat suka artikel ni yang aku dapat hasil daripada blog-walking i guess. Sangat meaningful dan menusuk kalbu.

Aisehh. Baca joom.

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar...=)

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti...

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah...

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda...

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya...

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan...
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya...

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus...

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik...

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya...

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya...

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang...

Seorang teman pernah berpesan...=)

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.... Allah nak hadiahkan kita pelangi..."

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali...Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi...
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada... Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..." amin...

Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah...
Jika ku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta...
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah...
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa...
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya...


Saja mau share. I hope, my jodoh will stay forever with me and grow old with me. InsyaAllah.
Semoga dia menjadi suami yang soleh, ayah yang bertanggungjawab dan kekasih yang setia. Hingga hujung nyawa. ^^

Okey.

-end-


2 comments: