Kesilapan Ibu Bapa dalam mendidik anak-anak

Antara Kesilapan Ibu bapa Dalam Mendidik Anak-anak

Ibu bapa merupakan acuan yang pertama contoh tauladan bagi anak-anak, disini saya kongsikan kesilapan-kesilapan ibu bapa dalam membentuk dan mencorak anak-anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa, Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :

- Saidul (penghulu) istighfar
- Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:38)
- Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

- Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:

- menakutkan anak-anak dengan sekolah
- menakutkan dengan tempat gelap
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
- menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak :

- Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif

- Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
- Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

- Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

- Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra': "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata: "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."

(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

- Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas

- Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah

- Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak

- Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang

- Seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak

- Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah

- Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton

- Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak

- Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."

(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Wallahu A'lam…

Copyright : http://hafizamri.com/antara-kesilapan-ibu-bapa-dalam-mendidik-anak-anak/


0 comments:

ISTILAH PERUBATAN - MANA SATU NAK GUNA?



Jumlah doktor di Malaysia pada hari ini semakin hari semakin ramai, baik di sektor awam mahu pun swasta. Dalam memberikan rawatan kepada pesakit pelbagai perkataan tempatan digunakan untuk memudahkan pesakit mengingati diagnosis penyakit mereka.

Contohnya, ada doktor yang menggunakan perkataan 'resdung' untuk menerangkan 'allergic rhinitis'. Namun tidak kurang juga yang menggunakan perkataan resdung untuk menerangkan 'sinusitis'. Keadaan ini sebenarnya boleh mengelirukan orang ramai terutamanya apabila pesakit berkenaan berjumpa pengamal perubatan yang berbeza untuk masalah kesihatan yang sama. Semasa mula-mula pulang berkhidmat di negara kita dahulu saya lebih suka menggunakan perkataan 'resdung' untuk menerangkan 'atrophic rhinitis' (penyakit hidung menyebabkannya berbau busuk; pesakit baru sampai di pintu bilik pun dah boleh bau busuknya).

Apabila PM dimasukkan ke HKL pada 4 November 2010 kerana kurang sihat, ada akhbar yang melaporkan PM kena cacar air(chicken pox). Akhbar yang lain pula melaporkan PM kena demam campak (measles). Mungkin diagnosis yang ada ketika itu dianggap terlalu 'private and confidential' sehinggakan yang melaporkan PM kena cacar (smallpox - eradicated!) pun ada juga!!  Nasib baik pada masa itu tidak ada wartawan yang kata PM kita kena EBOLA! Kalau tidak, haru biru juga kita dibuatnya.

Keseragaman dalam penggunaan istilah yang lebih tepat adalah penting. Bagi kes penggunaan perkataan resdung, istilah tempatan ini mungkin lebih baik ditinggalkan sahaja. Ajar sahaja pesakit kita supaya biasa dengan istilah yang sepatutnya e.g. allergic rhinitis.

Bagi pengamal perubatan adalah menjadi suatu amalan yang baik diagnosis penyakit yang dihidapi oleh pesakit ditulis dengan jelas di atas kertas atau di dalam buku nota bersaiz kecil, dan diserahkan kepada pesakit jika pesakit tidak membawa buku notanya sendiri. Apa-apa pun pesakit masih perlu diberitahu dan diterangkan mengenai penyakit yang dihidapinya dalam kadar yang sewajarnya secara verbal. Selain daripada itu waris pesakit yang terdekat juga perlu dimaklumkan mana-mana yang perlu.

Seperti juga dunia perubatan, bahasa juga suatu yang dinamik. Istilah-istilah yang baru perlu diperkenalkan ke dalam bahasa kita agar bangsa kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mana-mana bangsa yang lain di atas muka bumi ini. Walau bagaimanapun, pemilihan istilah yang baru perlu dibuat dengan lebih teliti dan berhati-hati. Bahasa menunjukkan bangsa, bahasa jiwa bangsa!


Dr.Badiuzzaman bin Sungip
Pengarah Hospital Sultanah Hajjah Kalsom
Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur


p/s:

Antara istilah-istilah lain yang amat popular di Malaysia yang perlu dipertimbangkan untuk tidak digunakan lagi:

a) Paru-paru berair - digunakan untuk pneumonia, acute pulmonary edema, pleural effusion, fluid overload with lungs involvement (cardiac, renal, hepatic causes)

b) Jantung bengkak - digunakan untuk 'cardiomegaly'

c) Primid (singkatan) - digunakan untuk 'primigravida' 


"Tiada agenda manusia yang sempurna tetapi amat merugikan apabila ada agenda yang sudah cukup baik tetapi tidak dilaksanakan."



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htmAlahan Penyebab Resdung
Oleh Khairunnisa Sulaiman  
nisa.sulaiman@utusan.com.my


Adakah anda sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung 
tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan?

Jika keadaan begini berterusan, anda dinasihatkan berjumpa doktor 
bagi memastikan sama ada anda mengalami alahan hidung atau resdung.

Pakar Runding Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Pembedahan Leher, 
Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Samril Bokari 
berkata, tanda-tanda alahan hidung berkenaan yang tidak dirawat akan 
membawa kepada sinusitis atau resdung.

"Biasanya tanda awal alahan hidung adalah selesema, bersin, hidung 
tersumbat serta muka dan mata yang gatal dan berair.

"Dalam keadaan begini tidak ramai yang mendapatkan nasihat dan 
rawatan doktor dengan alasan penyakit yang dihidapi tidak teruk," katanya.

Sememangnya resdung tidak membawa kepada kematian tetapi memberikan 
kesan kepada gaya hidup dan keyakinan diri pesakit.

Alahan hidung berlaku apabila selaput hidup membran mukus, telinga 
tengah dan tekak membengkak kerana menghidu debunga, hama dan habuk 
serta perubahan cuaca.

Apabila itu berlaku, hidung akan bertindakbalas dengan benda asing 
menyebabkan simptom seperti selesema, bersin, gatal mata dan hidung 
berterusan.

Dr. Samril berkata, jika alahan hidung dibiarkan berterusan, ia akan 
menyebabkan komplikasi seperti rongga sinus tersumbat (terdapat 
lapan rongga sinus).

Rongga sinus yang bertindak untuk pengudaraan terhalang dan 
menyebabkan bakteria terperangkap, sinusitis dan nanah terkumpul.

Pesakit juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan 
Tiub Eustachian.

"Ketika itu pesakit akan merasa tidak selesa di muka, bendalir hijau 
meleleh dari hidung dan jika tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan 
kuman di otak," katanya.

Terdapat juga pesakit yang menghidap asma akibat alahan hidung 
yang berterusan kerana hidung dan paru-paru bersambung.

Rawatan awal boleh dilakukan menggunakan ubat bagi mengurangkan 
selesema dan semburan hidung yang berterusan sehingga sembuh.

Menurut Dr. Samril, sinusitis boleh berlaku kepada sesiapa saja, 
bagaimanapun risiko lebih besar jika ahli keluarga terdekat menghidapinya.

Alahan hidung biasanya berlaku pada usia muda antara 8 hingga 11 
tahun sementara 80 peratus menghidapinya semasa berusia 20 tahun.

Ketika usia muda, alahan hidung lebih biasa berlaku pada kanak-kanak lelaki 
berbanding perempuan tetapi bila dewasa peratusannya lebih kurang sama.

"Sejarah pesakit amat penting dalam menilai alahan hidung.

"Elemen penting termasuk menilai persekitaran, tempoh simptom, tindak 
balas perubatan, sejarah keluarga dalam alergi dan pekerjaan," katanya.

Sejarah berkenaan boleh membantu mengenal pasti punca dan penawar 
kepada alahan berkenaan.

Simptom berkaitan dengan bersin, gatal hidung, mata dan telinga, 
hidung berair, sakit kepala, mata merah dan letih.

Pastikan simptom berkaitan dengan alahan sama ada debunga, kulat, 
haiwan tertentu, habuk atau hama.

Biasanya struktur hidung akan bengkak dan jika penyakit parah maka 
ruang sinus akan mengandungi nanah.

"Pesakit akan diberikan antibiotik selama 10 hari hingga dua minggu.

"Biasanya pesakit yang mengambil ubat secara berterusan akan dapat 
mengawal alahan," katanya.

Bagaimanapun jika resdung tadi bertambah parah, jalan terakhir adalah 
melalui pembedahan.

Original post by : Dr. Badiuzzaman bin Sungip

1 comments:

10 Himpunan Mutiara kata Pilihan


 Terkadang mutiara kata atau bait-bait kata seumpama ini tidak sekadar suatu pembacaan sahaja. Namun lebih daripada itu untuk kita fahami apakah sebenar maksud yang tersirat disebalik kata-kata tersebut. Jom sama-sama kita hayati mutiara kata di bawah ini :

1. Don't put until tomorrow what you can do today - Jangan menunda pekerjaan sampai esok kalau boleh disiapkan di hari ini.

2. Jangan bermimpi jadi kucing kalau tidak pernah jadi tikus - Jangan pernah memaksakan diri jadi pemimpin kalau belum pernah merasakan perjuangan menjadi pengikut/staf/anak buah. Kata mutiara ini sama dengan "a good leader comes from a good follower" (Pemimpin yang bijak lahir dari pengikut yang setia)

3. Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That's way it is called 'present' – Kemarin adalah sejarah, esok adalah sebuah misteri dan hari ini adalah sebuah hadiah (Inspiring word yang dikutip dari master Oogway - film Kung fu Panda)

4. Janganlah anda menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tetapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang.

5. Anda tidak selalu dapat mengubah orang lain, tetapi anda dapat mengubah bagaimana anda menanggapi mereka.

6. Gunakan waktu anda semaksima mungkin, maka dihari tua anda tidak akan mengatakan, "Seandainya saya masih muda."

7. Kita tidak harus mengorbankan harga diri agar disukai orang lain.

8. Kehidupan adalah berkat, kerananya nikmatilah. Jangan menyesal masa lalu dan takut akan masa depan.

9. Peduli pada orang lain bermula dengan peduli pada diri sendiri.

10. Setiap masalah ada jalan keluarnya, setiap konflik ada solusinya, setiap krisis mengandung peluang (Presiden SBY)


0 comments: