Rezeki

Assalamualaikum & Happy Thursday.



Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. 

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakannya.

Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. Hanya Dia, Allah Yang Maha Esa "Hasbi Rabbi Jalallah, Maafi Qalbi Ghairullah, Nur Muhammad Salallah, Laa ilaa ha ilallah, Muhammadur Rasullullah"

p/s~Something good to remind ourself. Ada masa dan ketika kita akan hilang arah dan hilang motivasi. Everything seems all go wrong. Have faith, yakin bahawa rezeki itu milik Allah, dan kita semua telah ditetapkan rezeki masing². Hanya masa dan ketika yang menentukan bila kita akan mendapatnya. Yours is yours, mine is mine. Takkan pernah tertukar dan terambil oleh yang lainnya.

*sumber : OhMedia*

-end-

0 comments: